Secebis Diri

Ana tidaklah setabah Ummu Khadijah , tidaklah semulia Fatimah Az-Zahra , apa lagi sesabar Masyitah dan sumaiyah , maupun sehebat ummu Sulaim dan seteguh Aisya Humaira . Kerana diri cuma wanita yang cuba untuk menjadi solehah di akhir zaman ini yang dimana aurat semakin dibuka , dimana syahadah hanya pada nama , dimana dunia yang terus dipuja , dimana nafsu fana menjadi santapan utama , dimana batas sentiasa dileraikan , dimana ukhuwah sentiasa di pinggirkan . Ya Rabb , selamatkan dunia ini dari dosa dan maksiat . Wahai kaum Hawa kita cuma An-Nissa . Para pendosa yang terbanyak di neraka . Wahai muslimahku walau kamu tak setabah para Mujahidah . Namun tabahlah pada ketetapan Allah kerana padanya ada syurga . Walau tak semulia para wanita sirah tapi muliakan diri dengan agama yang memelihara . Kerana padanya ada pahala . Walau tak sesabar para wanita solehah . Namun sabarkan jiwa pada nafsu dunia yang menyiksa kerana padanya ada bahagia . Jadilah seorang wanita solehah di dunia akhir zaman ini , jadilah sebutir permata dalam berjuta pasir yang menimbun .


Saturday, May 11, 2013

Kehilangan


Bismillahirahmanirahim. Tiba-tiba hati rasa nak update tajuk "kehilangan" :') Semua manusia merasai kehilangan. Tapi kehilangan bukanlah pengakhiran hidup kita.. selamat membaca :) 

"Yang patah akan tumbuh, yang hilang akan berganti"

Inilah penawar yang di hadiahkan sejak dahulu lagi sebagai motivasi kuat agar tak perlu bersedih hati apabila kehilangan. Terlalu banyak bentuk kehilangan di dalam dunia ini, ada kehilangan keluarga, kehilangan pekerjaan. harta kesayangan, cinta manusia, pedoman dan  lain-lain bentuk lagi.

Wahai diri yang sedang bersedih, tidak ada kehilangan yang paling besar di dunia selain kehilangan rasa yakin dan rasa dekat rasa.. rasa dilihat dan dinilai oleh Allah S.W.T dan rasa rindu untuk bertemu dengan Pencipta kita dan menatap wajah Rasulullah.

"Tidak ada mahluk melata pun melainkan Dialah yang memegang ubun-ubunnya." (Huud : 56)

"Dan Dialah yang berkuasa atas sekalian hambaNya. Dan Dialah Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui." (al-An'aam : 29)

Yakinlah bahawa Allah mampu melakukan apa sahaja kepada HambaNya. Sesungguhnya Allah tidak pernah mengambil sesuatu daripada kita kecuali mengantikannya dengan yang lebih baik andai kita sedar dan redha atas kehilangan yang ditentukan.

Lihatlah dengan penuh yakin melalui mata hati bahawa disebalik kehilangan dan ujian, terdapat ganti serta balasan teragung daripadaNya berbentuk Syurga. Jangan terlalu bersedih atas kehilangan yang terjadi kerana ia sedah ditentukan oleh Pemilik Balasan Syurga yang telah berjanji akan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik. 

Selamat atasmu kerana kesabaranmu. Maka, alangkah baiknya tempat kesudahan itu." (ar-Ra'd : 24)



Bersabarlah andai bertemu kehilangan. Bersabarlah menjalani ujianNya. Bersabarlah dalam mentaaiNya. Bersabarlah dalam meninggalkan maksiat. Bersabarlah dalam tipu daya dunia. Bersabarlah menunggu lambatnya pertolongan. Bersabarlah kepada orang yang meninggalkan kita. Bersabarlah dan bersolatlah kepada Allah :) 

"Hai orang yang beriman, mohonlah pertolongan dengan sabar dan solat. Sesungguhnya Allah sentiasa bersama orang yang sabar." (al-Baqarah :153)

Again, yakinlah kepada Allah sebagai perawat kesedihan. Aminn Ya Rabb


2 comments:

  1. Terima kasih kerana memberi peringatan , teruskan menulis dan memberi manfaat kepada orang .

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah, jika di izin Allah :) terima kasih nabil

    ReplyDelete