Secebis Diri

Ana tidaklah setabah Ummu Khadijah , tidaklah semulia Fatimah Az-Zahra , apa lagi sesabar Masyitah dan sumaiyah , maupun sehebat ummu Sulaim dan seteguh Aisya Humaira . Kerana diri cuma wanita yang cuba untuk menjadi solehah di akhir zaman ini yang dimana aurat semakin dibuka , dimana syahadah hanya pada nama , dimana dunia yang terus dipuja , dimana nafsu fana menjadi santapan utama , dimana batas sentiasa dileraikan , dimana ukhuwah sentiasa di pinggirkan . Ya Rabb , selamatkan dunia ini dari dosa dan maksiat . Wahai kaum Hawa kita cuma An-Nissa . Para pendosa yang terbanyak di neraka . Wahai muslimahku walau kamu tak setabah para Mujahidah . Namun tabahlah pada ketetapan Allah kerana padanya ada syurga . Walau tak semulia para wanita sirah tapi muliakan diri dengan agama yang memelihara . Kerana padanya ada pahala . Walau tak sesabar para wanita solehah . Namun sabarkan jiwa pada nafsu dunia yang menyiksa kerana padanya ada bahagia . Jadilah seorang wanita solehah di dunia akhir zaman ini , jadilah sebutir permata dalam berjuta pasir yang menimbun .


Thursday, June 6, 2013

Hakikat Perjalanan

Bismillahirahmanirahim . Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang . Assalamualaikum sahabt fillah sekalian, Moga sahabat ana sentiasa dirahmati Allah . Tiba tiba rasa rindu nak update lagi supaya diri lebih termuhasabah . Assiff jiddan buat semua sahabat sahabat ana . hati tergerak untuk menulis entry berkaitan "Hakikat Perjalanan" .  Ramai yang tahu tapi ramai yang tak sedar tentang hakikat perjalanan hidup kita di dunia. 


Syukran kerana sudi membaca coretan yang penuh kekurangan dari hati . Sesungguhnya hanya Allah lah Yang Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa di alam semesta ini . Segala puji hanyalah untuk-NYA Tuhan semesta alam. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w tercinta. Betapa suci dan murninya perjuangan baginda dan para sahabat sehingga Islam akhirnya sampai kepada kita .

"...Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Kerana sesungguhnya bukan mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah mata hati yang ada di dalam dada . " (al-Haj: 46)

SubhanaAllah . Alhamdulillah .


Bersyukur dan beruntunglah bagi mereka yang diberi hidayah oleh Allah untuk berubah kepada kebaikan walhal masih ramai yang berharap agar diberi hidayah oleh Allah. Sebagai hamba Allah, Kita berdoalah pd Allah agar mereka terus diberi petunjuk oleh Allah agar dibuka pintu hati , diberi cahaya Ilahi di hati hati mereka agar kita sama-sama mendambakan cinta Allah cinta yang hakiki. :') Tapi ingatlah wahai diri dan wahai sahabatku, kita tidak berhak untuk menghukum mereka, hanya Allah yang berhak menghukum kerana hukuman Allah adalah yang terbaik dan adil buat hambaNya.

Terkadang menangis diri ini mengenang dosa lampau yang terlalu banyak, hakikatnya diri ini terlalu hina dimata Penciptanya . mengalir air mata . Ini hakikat perjalanan hidup kita sebagai manusia yang hanya menumpang di alam ciptaan Rabb . Tujuan diri yang hina ini di cipta dan diri sahabat yang mulia adalah mengejar Mardhatillah . Tapi dalam perjalanan menuju Mardhatillah iaitu menuju Redha Allah hakikatnya adalah sukar kerana untuk kita mendapat syurga Allah yang tak ternilai harganya .

Sudah di takdirkan untuk siapa yang memilih untuk mengejar redha Allah perlu melalui jalan yang penuh duri-duri tajam . Ana akui , ujian demi ujian datang tanpa henti , Allahu Akbar . Terseksa . Menahan ujian sementara untuk diri mendapat kesenangan yang abadi . Menahan ujian dunia seringkali air mata menjadi peneman setia .



Wahai diri bilamana kamu diuji dgn kesusahan, tetapkan hatimu , kuatkan hatimu , tabahkan dirimu dan bersangka baiklah terhadap Allah .Wahai diri , andai dirimu diuji itu tanda Allah rindu mendengar rintihan suaramu kepadaNya dalam doa-doamu .Ketahuilah wahai diri , Allah amat menyukai mendengar suara-suara yang rindu akan kasih sayangNya.Wahai diri , Allah mengujimu kerana ingin memelihara mu dari sejuta keburukan . Setiap kesusahan itu akan diakhiri dengan kebaikan dan kemuliaan. Maka hendaklah kamu lapangkan dadamu dan bersyukur penuh redha agar kebaikan dunia akhirat itu menjadi penghuni hatimu.Moga kedukaan itu berganti dengan ketenangan , redha dan ikhlaslah dalam setiap apa yang berlaku .

Peganglah janji Allah ini :
"Barang siapa yang bersungguh-sungguh di jalan KAMI, pasti akan KAMI tunjukkan jalan jalan KAMI ." 
Wahai sahabat dan diri , Katakan pada diri , tiada jalan lain wahai diri kecuali berubahlah . Hati boleh berkarat dan pencucinya adalah al-Quran dan ingatkan mati kerana itulah panduan yang diberika oleh Rasulullah .


Wahai sahabatku ,

Jangan mendaki puncak hanya untuk meninggikan tempat jatuh . Jangan memburu fatamorgana kemewahan dunia hanya untuk di tipu olehnya. . dunia ini hanya sementara , ingat wahai sahabat , burulah hidup dengan semangat orang yang bersedia untuk mati . jadi hamba Allah yang bijaksana yang menghayati pesanan Rasulullah agar sentiasa mengingati mati dan bersedia menghadapinya .

Wahai para mujahid,

Jadilah umpama para sahabat Rasulullah S.A.W yang hidup bahagia , tenang , dan aman walaupun di beri pelbagai ujian . Jangan jadi Namrud , Firaun dan Haman yang mengurus dunia penuh kezaliman kerana kau akan di buru resah kejemuan serta kemarahan yang tiada kesudahan .

Ingatlah tidak mengapa andai dirimu tidak sampai di hujung jalan , tapi cukup sekadar menempuhinya . ketenangan dan kebahagiaan bukan hanya ada di hujung jalan , tetapi sepanjang jalan . Yang terakhir dari ana , gengamlah al-Quran, ingat mati dan berangkatlah . Sesungguhnya jalan mujahadah itu susah tapi sangat indah . di jalan itu kita akan sentiasa di gamit dan di himpit dua cinta . :') 



Wednesday, June 5, 2013

Dirimu Mawar Berduri

Bismillahirahmanirahim. Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang . Salam ukhwah fillah buat sahabat ana yang sentiasa diredhai Allah , sahabat yang sentiasa beristiqamah dalam menuju redha Allah . Ana harap sahabat sahabat ana tidak mengenal erti putus asa sepanjang berada di jalan Allah . Moga redha Allah sentiasa mengiringi langkahmu wahai sahabat. 

Jalan menuju syurga Allah itu sentiasa di penuhi dengan duri duri ujian dan duka. kadang air matalah yang menjadi teman sejati untuk kita.

Hati ni menbuak nak menulis entry hari ni. Alhamdulillah, ana rasa bersyukur sangat semakin ramai yang berhijrah ke jalan Allah. Moga terus berhijrah. biarlah penghijrahan kita ini satu penghijrahan yang istiqamah walaupun ujian demi ujian di beri . Tetaplah tabah dalam mengharunginya. :) 

Entry kali ini ana buat khas untuk kaum hawa , muslimah kesayangan Allah , muslimah yang solehah dalaman dan luaran . Ramai yang akui sudah menutup aurat , tapi ramai yang tidak menutupnya dengan sempurna . Allah . Pesan pada diri yang penuh kekurangan ini juga , menutup biarlah sempurna , biarlah terlihat cantik di mata Allah , Pencipta diriku . Allahu Allah. SubhanAllah, lebih indah jika kecantikan itu buat yang halal , alangkah bahagianya zaujmu jika kecantikan dirimu hanya untuknya, perhiasan dirimu hanya untuknya. 



Ana berminat dengan satu entry di blog gadis kidal . :) dalam entrynya ada pesanan untuk para muslimah . inilah pesanan si gadis kidal untuk hawa .

Wahai gadis ku sayang ,

Hijablah dirimu sebaik-baiknya . Demi Allah . Demi kebaikan dirimu sendiri . Semakin kamu menjaga auratmu , semakin kamu mempertahankan maruahmu , semakin kamu berusaha untuk menjaga akhlakmu , semakin mahal nilai kamu pada pandangan Allah , pada pandangan penduduk langit dan pada pandangan mata masyarakat . Subhanallah ! Pasti bidadari syurga juga turut mencemburui mu :)
Wahai hawa solehah ,

Antara berhijab dan bertudung . Berbeza . Berhijab itu kamu tutup semua aurat kamu dengan sempurna , tutup semua perhiasan kamu , tidak menampakkan bentuk badan , tudung yang labuh ke bawah dada , berstoking . Antara menutup aurat dan bertudung juga tidak sama . Yang bertudung tak semestinya menutup aurat dengan sempurna , tetapi yang menutup aurat dengan sempurna sudah pasti berhijab/bertudung . Mari sama-sama kita ubah cara pemakaian dan disusuli pula dengan akhlak yang baik. Mari sama-sama menuju redha ALLAH . Jangan kita sampai nak nampak cantik , merelakan pula diri dekat dgn jalan ke neraka Nauzubillahminzalik .

Wahai muslimahku sayang ,

Sebagai seorang wanita Muslim , kita harus pandai menjaga diri dan maruah . Jadilah seorang Muslimah yang sejati dengan menonjolkan ciri-ciri seorang wanita Islam yang sebenar . Jangan bangga dengan kecantikan wajah yang ada , kerana kecantikan yang ada akan luput ditelan peredaran masa ,akan terhakis dek umur yang semakin meningkat , akan hancur di mamah tanah pada suatu saat nanti . Tetapi kecantikan akhlak , hati , iman akan kekal . Ya , benar , kekal hingga ke sana . Begitu mudah wanita untuk masuk ke syurga Allah , tetapi sayang , ramai pula yang menjadi penghuni neraka . Kerana apa ? Kerana kita terlalu taksub dengan dunia , dengan keindahan sementara dan kerana tertalu tunduk dengan tipu daya syaitan . Bangkitlah wahai hawa ku sayang . Bangkit dari kesilapan lalu dan ubahlah diri untuk menjadi lebih baik di masa akan datang . Yang berlalu biarkan berlalu , yang mendatang , usahalah yang terbaik :)

Wahai mawar agamaku ,

Ingatlah . Lelaki sejati yang benar-benar mencintaimu , dia tidak akan pernah berani menyentuhmu , merayu dan menyanjungmu dengan kata-kata sayang sebelum kamu halal buatnya . Tak mampu dia untuk membuatmu terbuai dalam layangan cinta yang akan menjerumuskan kamu dan dia ke neraka . Nauzubillahminzalik . Lelaki yang benar-benar mencintaimu dialah yang kelak akan datang bersilaturrahim ke rumah orang tuamu , meminta untuk menjadikan kamu sebagai yang halal untuknya dengan cara yang terhormat , dialah yang akan melamarmu , dialah yang bersedia menjagamu seumur hidupmu , dialah yang akan berusaha membuatmu bahagia berpaksikan cinta kerana Allah .Dan dialah insan pilihan yang tak hanya berbekal imam , tetapi juga layak menjadi imam yang baik untukkmu . Dialah lelaki dambaan bidadari syurga .

Wahai mawar agamaku ,

pilihlah mana yang terbaik untukmu . Adakah bahagia sementara cuma yang kamu impikan atau bahagia yang hakiki sehingga ke JannahNYA . Jagalah marwah dan izzahmu demi Allah , demi yang halal buatmu . Ingatlah janji Allah . Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat :)

" Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka " – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31

" Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya " – Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.

Sungguh tiada apa yang hebat dengan menayangkan aurat kita kepada yang bukan halal . Tanyalah pada diri kepada siapa kita ingin tunjuk . Kepada siapa kita ingin puaskan hati ? Sedangkan dalam masa yang sama kita telah membuat Allah murka . Tiadakah rasa bersalah di hatimu ? Jika tiada rasa bersalah dan berdosa , bawa banyakkan istighfar . Astaghfirullah , jangan biarkan hatimu gelap diselaputi dosa dan maksiat . Percayalah , bila kamu tersedar akan kesilapanmu , kamu akan merasa menyesal dan merasa betapa tidak cerdiknya diri kamu dahulu kerana menayangkan apa yang tidak sepatutnya kepada yang tidak sepatutnya . Kembalillah kepada Allah . Kembalilah mencari cinta hakiki . Kembalilah untuk menggapai redha Allah . Mari sayangku , mari kita sama-sama berpimpin tangan untuk terus berjihad , bermujahadah di jalan Allah . Biar rebah , biar tersungkur , biar terluka , biar sakit di dunia , kerana destinasi yang kita ingin pergi akan merawat segala penderitaan dan kesakitan kita itu , yakni Syurga Firdaus :)

Wahai para mujahidahku ,

Jadilah gadis solehah di dunia akhir zaman ini . Jadilah sebutir permata dalam berjuta pasir yang menimbun . Percayalah , kamu tidak akan menyesal .