Secebis Diri

Ana tidaklah setabah Ummu Khadijah , tidaklah semulia Fatimah Az-Zahra , apa lagi sesabar Masyitah dan sumaiyah , maupun sehebat ummu Sulaim dan seteguh Aisya Humaira . Kerana diri cuma wanita yang cuba untuk menjadi solehah di akhir zaman ini yang dimana aurat semakin dibuka , dimana syahadah hanya pada nama , dimana dunia yang terus dipuja , dimana nafsu fana menjadi santapan utama , dimana batas sentiasa dileraikan , dimana ukhuwah sentiasa di pinggirkan . Ya Rabb , selamatkan dunia ini dari dosa dan maksiat . Wahai kaum Hawa kita cuma An-Nissa . Para pendosa yang terbanyak di neraka . Wahai muslimahku walau kamu tak setabah para Mujahidah . Namun tabahlah pada ketetapan Allah kerana padanya ada syurga . Walau tak semulia para wanita sirah tapi muliakan diri dengan agama yang memelihara . Kerana padanya ada pahala . Walau tak sesabar para wanita solehah . Namun sabarkan jiwa pada nafsu dunia yang menyiksa kerana padanya ada bahagia . Jadilah seorang wanita solehah di dunia akhir zaman ini , jadilah sebutir permata dalam berjuta pasir yang menimbun .


Thursday, June 6, 2013

Hakikat Perjalanan

Bismillahirahmanirahim . Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang . Assalamualaikum sahabt fillah sekalian, Moga sahabat ana sentiasa dirahmati Allah . Tiba tiba rasa rindu nak update lagi supaya diri lebih termuhasabah . Assiff jiddan buat semua sahabat sahabat ana . hati tergerak untuk menulis entry berkaitan "Hakikat Perjalanan" .  Ramai yang tahu tapi ramai yang tak sedar tentang hakikat perjalanan hidup kita di dunia. 


Syukran kerana sudi membaca coretan yang penuh kekurangan dari hati . Sesungguhnya hanya Allah lah Yang Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa di alam semesta ini . Segala puji hanyalah untuk-NYA Tuhan semesta alam. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w tercinta. Betapa suci dan murninya perjuangan baginda dan para sahabat sehingga Islam akhirnya sampai kepada kita .

"...Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Kerana sesungguhnya bukan mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah mata hati yang ada di dalam dada . " (al-Haj: 46)

SubhanaAllah . Alhamdulillah .


Bersyukur dan beruntunglah bagi mereka yang diberi hidayah oleh Allah untuk berubah kepada kebaikan walhal masih ramai yang berharap agar diberi hidayah oleh Allah. Sebagai hamba Allah, Kita berdoalah pd Allah agar mereka terus diberi petunjuk oleh Allah agar dibuka pintu hati , diberi cahaya Ilahi di hati hati mereka agar kita sama-sama mendambakan cinta Allah cinta yang hakiki. :') Tapi ingatlah wahai diri dan wahai sahabatku, kita tidak berhak untuk menghukum mereka, hanya Allah yang berhak menghukum kerana hukuman Allah adalah yang terbaik dan adil buat hambaNya.

Terkadang menangis diri ini mengenang dosa lampau yang terlalu banyak, hakikatnya diri ini terlalu hina dimata Penciptanya . mengalir air mata . Ini hakikat perjalanan hidup kita sebagai manusia yang hanya menumpang di alam ciptaan Rabb . Tujuan diri yang hina ini di cipta dan diri sahabat yang mulia adalah mengejar Mardhatillah . Tapi dalam perjalanan menuju Mardhatillah iaitu menuju Redha Allah hakikatnya adalah sukar kerana untuk kita mendapat syurga Allah yang tak ternilai harganya .

Sudah di takdirkan untuk siapa yang memilih untuk mengejar redha Allah perlu melalui jalan yang penuh duri-duri tajam . Ana akui , ujian demi ujian datang tanpa henti , Allahu Akbar . Terseksa . Menahan ujian sementara untuk diri mendapat kesenangan yang abadi . Menahan ujian dunia seringkali air mata menjadi peneman setia .



Wahai diri bilamana kamu diuji dgn kesusahan, tetapkan hatimu , kuatkan hatimu , tabahkan dirimu dan bersangka baiklah terhadap Allah .Wahai diri , andai dirimu diuji itu tanda Allah rindu mendengar rintihan suaramu kepadaNya dalam doa-doamu .Ketahuilah wahai diri , Allah amat menyukai mendengar suara-suara yang rindu akan kasih sayangNya.Wahai diri , Allah mengujimu kerana ingin memelihara mu dari sejuta keburukan . Setiap kesusahan itu akan diakhiri dengan kebaikan dan kemuliaan. Maka hendaklah kamu lapangkan dadamu dan bersyukur penuh redha agar kebaikan dunia akhirat itu menjadi penghuni hatimu.Moga kedukaan itu berganti dengan ketenangan , redha dan ikhlaslah dalam setiap apa yang berlaku .

Peganglah janji Allah ini :
"Barang siapa yang bersungguh-sungguh di jalan KAMI, pasti akan KAMI tunjukkan jalan jalan KAMI ." 
Wahai sahabat dan diri , Katakan pada diri , tiada jalan lain wahai diri kecuali berubahlah . Hati boleh berkarat dan pencucinya adalah al-Quran dan ingatkan mati kerana itulah panduan yang diberika oleh Rasulullah .


Wahai sahabatku ,

Jangan mendaki puncak hanya untuk meninggikan tempat jatuh . Jangan memburu fatamorgana kemewahan dunia hanya untuk di tipu olehnya. . dunia ini hanya sementara , ingat wahai sahabat , burulah hidup dengan semangat orang yang bersedia untuk mati . jadi hamba Allah yang bijaksana yang menghayati pesanan Rasulullah agar sentiasa mengingati mati dan bersedia menghadapinya .

Wahai para mujahid,

Jadilah umpama para sahabat Rasulullah S.A.W yang hidup bahagia , tenang , dan aman walaupun di beri pelbagai ujian . Jangan jadi Namrud , Firaun dan Haman yang mengurus dunia penuh kezaliman kerana kau akan di buru resah kejemuan serta kemarahan yang tiada kesudahan .

Ingatlah tidak mengapa andai dirimu tidak sampai di hujung jalan , tapi cukup sekadar menempuhinya . ketenangan dan kebahagiaan bukan hanya ada di hujung jalan , tetapi sepanjang jalan . Yang terakhir dari ana , gengamlah al-Quran, ingat mati dan berangkatlah . Sesungguhnya jalan mujahadah itu susah tapi sangat indah . di jalan itu kita akan sentiasa di gamit dan di himpit dua cinta . :') 



No comments:

Post a Comment