Bismillahirahmanirahim. Tiba-tiba hati rasa nak update tajuk "kehilangan" :') Semua manusia merasai kehilangan. Tapi kehilangan bukanlah pengakhiran hidup kita.. selamat membaca :)
"Yang patah akan tumbuh, yang hilang akan berganti"
Inilah penawar yang di hadiahkan sejak dahulu lagi sebagai motivasi kuat agar tak perlu bersedih hati apabila kehilangan. Terlalu banyak bentuk kehilangan di dalam dunia ini, ada kehilangan keluarga, kehilangan pekerjaan. harta kesayangan, cinta manusia, pedoman dan lain-lain bentuk lagi.
Wahai diri yang sedang bersedih, tidak ada kehilangan yang paling besar di dunia selain kehilangan rasa yakin dan rasa dekat rasa.. rasa dilihat dan dinilai oleh Allah S.W.T dan rasa rindu untuk bertemu dengan Pencipta kita dan menatap wajah Rasulullah.
"Tidak ada mahluk melata pun melainkan Dialah yang memegang ubun-ubunnya." (Huud : 56)
"Dan Dialah yang berkuasa atas sekalian hambaNya. Dan Dialah Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui." (al-An'aam : 29)
Yakinlah bahawa Allah mampu melakukan apa sahaja kepada HambaNya. Sesungguhnya Allah tidak pernah mengambil sesuatu daripada kita kecuali mengantikannya dengan yang lebih baik andai kita sedar dan redha atas kehilangan yang ditentukan.
Lihatlah dengan penuh yakin melalui mata hati bahawa disebalik kehilangan dan ujian, terdapat ganti serta balasan teragung daripadaNya berbentuk Syurga. Jangan terlalu bersedih atas kehilangan yang terjadi kerana ia sedah ditentukan oleh Pemilik Balasan Syurga yang telah berjanji akan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik.
Selamat atasmu kerana kesabaranmu. Maka, alangkah baiknya tempat kesudahan itu." (ar-Ra'd : 24)
Bersabarlah andai bertemu kehilangan. Bersabarlah menjalani ujianNya. Bersabarlah dalam mentaaiNya. Bersabarlah dalam meninggalkan maksiat. Bersabarlah dalam tipu daya dunia. Bersabarlah menunggu lambatnya pertolongan. Bersabarlah kepada orang yang meninggalkan kita. Bersabarlah dan bersolatlah kepada Allah :)
"Hai orang yang beriman, mohonlah pertolongan dengan sabar dan solat. Sesungguhnya Allah sentiasa bersama orang yang sabar." (al-Baqarah :153)
Again, yakinlah kepada Allah sebagai perawat kesedihan. Aminn Ya Rabb
Terima kasih kerana memberi peringatan , teruskan menulis dan memberi manfaat kepada orang .
ReplyDeleteInsyaAllah, jika di izin Allah :) terima kasih nabil
ReplyDelete