Secebis Diri

Ana tidaklah setabah Ummu Khadijah , tidaklah semulia Fatimah Az-Zahra , apa lagi sesabar Masyitah dan sumaiyah , maupun sehebat ummu Sulaim dan seteguh Aisya Humaira . Kerana diri cuma wanita yang cuba untuk menjadi solehah di akhir zaman ini yang dimana aurat semakin dibuka , dimana syahadah hanya pada nama , dimana dunia yang terus dipuja , dimana nafsu fana menjadi santapan utama , dimana batas sentiasa dileraikan , dimana ukhuwah sentiasa di pinggirkan . Ya Rabb , selamatkan dunia ini dari dosa dan maksiat . Wahai kaum Hawa kita cuma An-Nissa . Para pendosa yang terbanyak di neraka . Wahai muslimahku walau kamu tak setabah para Mujahidah . Namun tabahlah pada ketetapan Allah kerana padanya ada syurga . Walau tak semulia para wanita sirah tapi muliakan diri dengan agama yang memelihara . Kerana padanya ada pahala . Walau tak sesabar para wanita solehah . Namun sabarkan jiwa pada nafsu dunia yang menyiksa kerana padanya ada bahagia . Jadilah seorang wanita solehah di dunia akhir zaman ini , jadilah sebutir permata dalam berjuta pasir yang menimbun .


Thursday, June 6, 2013

Hakikat Perjalanan

Bismillahirahmanirahim . Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang . Assalamualaikum sahabt fillah sekalian, Moga sahabat ana sentiasa dirahmati Allah . Tiba tiba rasa rindu nak update lagi supaya diri lebih termuhasabah . Assiff jiddan buat semua sahabat sahabat ana . hati tergerak untuk menulis entry berkaitan "Hakikat Perjalanan" .  Ramai yang tahu tapi ramai yang tak sedar tentang hakikat perjalanan hidup kita di dunia. 


Syukran kerana sudi membaca coretan yang penuh kekurangan dari hati . Sesungguhnya hanya Allah lah Yang Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa di alam semesta ini . Segala puji hanyalah untuk-NYA Tuhan semesta alam. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w tercinta. Betapa suci dan murninya perjuangan baginda dan para sahabat sehingga Islam akhirnya sampai kepada kita .

"...Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Kerana sesungguhnya bukan mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah mata hati yang ada di dalam dada . " (al-Haj: 46)

SubhanaAllah . Alhamdulillah .


Bersyukur dan beruntunglah bagi mereka yang diberi hidayah oleh Allah untuk berubah kepada kebaikan walhal masih ramai yang berharap agar diberi hidayah oleh Allah. Sebagai hamba Allah, Kita berdoalah pd Allah agar mereka terus diberi petunjuk oleh Allah agar dibuka pintu hati , diberi cahaya Ilahi di hati hati mereka agar kita sama-sama mendambakan cinta Allah cinta yang hakiki. :') Tapi ingatlah wahai diri dan wahai sahabatku, kita tidak berhak untuk menghukum mereka, hanya Allah yang berhak menghukum kerana hukuman Allah adalah yang terbaik dan adil buat hambaNya.

Terkadang menangis diri ini mengenang dosa lampau yang terlalu banyak, hakikatnya diri ini terlalu hina dimata Penciptanya . mengalir air mata . Ini hakikat perjalanan hidup kita sebagai manusia yang hanya menumpang di alam ciptaan Rabb . Tujuan diri yang hina ini di cipta dan diri sahabat yang mulia adalah mengejar Mardhatillah . Tapi dalam perjalanan menuju Mardhatillah iaitu menuju Redha Allah hakikatnya adalah sukar kerana untuk kita mendapat syurga Allah yang tak ternilai harganya .

Sudah di takdirkan untuk siapa yang memilih untuk mengejar redha Allah perlu melalui jalan yang penuh duri-duri tajam . Ana akui , ujian demi ujian datang tanpa henti , Allahu Akbar . Terseksa . Menahan ujian sementara untuk diri mendapat kesenangan yang abadi . Menahan ujian dunia seringkali air mata menjadi peneman setia .



Wahai diri bilamana kamu diuji dgn kesusahan, tetapkan hatimu , kuatkan hatimu , tabahkan dirimu dan bersangka baiklah terhadap Allah .Wahai diri , andai dirimu diuji itu tanda Allah rindu mendengar rintihan suaramu kepadaNya dalam doa-doamu .Ketahuilah wahai diri , Allah amat menyukai mendengar suara-suara yang rindu akan kasih sayangNya.Wahai diri , Allah mengujimu kerana ingin memelihara mu dari sejuta keburukan . Setiap kesusahan itu akan diakhiri dengan kebaikan dan kemuliaan. Maka hendaklah kamu lapangkan dadamu dan bersyukur penuh redha agar kebaikan dunia akhirat itu menjadi penghuni hatimu.Moga kedukaan itu berganti dengan ketenangan , redha dan ikhlaslah dalam setiap apa yang berlaku .

Peganglah janji Allah ini :
"Barang siapa yang bersungguh-sungguh di jalan KAMI, pasti akan KAMI tunjukkan jalan jalan KAMI ." 
Wahai sahabat dan diri , Katakan pada diri , tiada jalan lain wahai diri kecuali berubahlah . Hati boleh berkarat dan pencucinya adalah al-Quran dan ingatkan mati kerana itulah panduan yang diberika oleh Rasulullah .


Wahai sahabatku ,

Jangan mendaki puncak hanya untuk meninggikan tempat jatuh . Jangan memburu fatamorgana kemewahan dunia hanya untuk di tipu olehnya. . dunia ini hanya sementara , ingat wahai sahabat , burulah hidup dengan semangat orang yang bersedia untuk mati . jadi hamba Allah yang bijaksana yang menghayati pesanan Rasulullah agar sentiasa mengingati mati dan bersedia menghadapinya .

Wahai para mujahid,

Jadilah umpama para sahabat Rasulullah S.A.W yang hidup bahagia , tenang , dan aman walaupun di beri pelbagai ujian . Jangan jadi Namrud , Firaun dan Haman yang mengurus dunia penuh kezaliman kerana kau akan di buru resah kejemuan serta kemarahan yang tiada kesudahan .

Ingatlah tidak mengapa andai dirimu tidak sampai di hujung jalan , tapi cukup sekadar menempuhinya . ketenangan dan kebahagiaan bukan hanya ada di hujung jalan , tetapi sepanjang jalan . Yang terakhir dari ana , gengamlah al-Quran, ingat mati dan berangkatlah . Sesungguhnya jalan mujahadah itu susah tapi sangat indah . di jalan itu kita akan sentiasa di gamit dan di himpit dua cinta . :') 



Wednesday, June 5, 2013

Dirimu Mawar Berduri

Bismillahirahmanirahim. Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang . Salam ukhwah fillah buat sahabat ana yang sentiasa diredhai Allah , sahabat yang sentiasa beristiqamah dalam menuju redha Allah . Ana harap sahabat sahabat ana tidak mengenal erti putus asa sepanjang berada di jalan Allah . Moga redha Allah sentiasa mengiringi langkahmu wahai sahabat. 

Jalan menuju syurga Allah itu sentiasa di penuhi dengan duri duri ujian dan duka. kadang air matalah yang menjadi teman sejati untuk kita.

Hati ni menbuak nak menulis entry hari ni. Alhamdulillah, ana rasa bersyukur sangat semakin ramai yang berhijrah ke jalan Allah. Moga terus berhijrah. biarlah penghijrahan kita ini satu penghijrahan yang istiqamah walaupun ujian demi ujian di beri . Tetaplah tabah dalam mengharunginya. :) 

Entry kali ini ana buat khas untuk kaum hawa , muslimah kesayangan Allah , muslimah yang solehah dalaman dan luaran . Ramai yang akui sudah menutup aurat , tapi ramai yang tidak menutupnya dengan sempurna . Allah . Pesan pada diri yang penuh kekurangan ini juga , menutup biarlah sempurna , biarlah terlihat cantik di mata Allah , Pencipta diriku . Allahu Allah. SubhanAllah, lebih indah jika kecantikan itu buat yang halal , alangkah bahagianya zaujmu jika kecantikan dirimu hanya untuknya, perhiasan dirimu hanya untuknya. 



Ana berminat dengan satu entry di blog gadis kidal . :) dalam entrynya ada pesanan untuk para muslimah . inilah pesanan si gadis kidal untuk hawa .

Wahai gadis ku sayang ,

Hijablah dirimu sebaik-baiknya . Demi Allah . Demi kebaikan dirimu sendiri . Semakin kamu menjaga auratmu , semakin kamu mempertahankan maruahmu , semakin kamu berusaha untuk menjaga akhlakmu , semakin mahal nilai kamu pada pandangan Allah , pada pandangan penduduk langit dan pada pandangan mata masyarakat . Subhanallah ! Pasti bidadari syurga juga turut mencemburui mu :)
Wahai hawa solehah ,

Antara berhijab dan bertudung . Berbeza . Berhijab itu kamu tutup semua aurat kamu dengan sempurna , tutup semua perhiasan kamu , tidak menampakkan bentuk badan , tudung yang labuh ke bawah dada , berstoking . Antara menutup aurat dan bertudung juga tidak sama . Yang bertudung tak semestinya menutup aurat dengan sempurna , tetapi yang menutup aurat dengan sempurna sudah pasti berhijab/bertudung . Mari sama-sama kita ubah cara pemakaian dan disusuli pula dengan akhlak yang baik. Mari sama-sama menuju redha ALLAH . Jangan kita sampai nak nampak cantik , merelakan pula diri dekat dgn jalan ke neraka Nauzubillahminzalik .

Wahai muslimahku sayang ,

Sebagai seorang wanita Muslim , kita harus pandai menjaga diri dan maruah . Jadilah seorang Muslimah yang sejati dengan menonjolkan ciri-ciri seorang wanita Islam yang sebenar . Jangan bangga dengan kecantikan wajah yang ada , kerana kecantikan yang ada akan luput ditelan peredaran masa ,akan terhakis dek umur yang semakin meningkat , akan hancur di mamah tanah pada suatu saat nanti . Tetapi kecantikan akhlak , hati , iman akan kekal . Ya , benar , kekal hingga ke sana . Begitu mudah wanita untuk masuk ke syurga Allah , tetapi sayang , ramai pula yang menjadi penghuni neraka . Kerana apa ? Kerana kita terlalu taksub dengan dunia , dengan keindahan sementara dan kerana tertalu tunduk dengan tipu daya syaitan . Bangkitlah wahai hawa ku sayang . Bangkit dari kesilapan lalu dan ubahlah diri untuk menjadi lebih baik di masa akan datang . Yang berlalu biarkan berlalu , yang mendatang , usahalah yang terbaik :)

Wahai mawar agamaku ,

Ingatlah . Lelaki sejati yang benar-benar mencintaimu , dia tidak akan pernah berani menyentuhmu , merayu dan menyanjungmu dengan kata-kata sayang sebelum kamu halal buatnya . Tak mampu dia untuk membuatmu terbuai dalam layangan cinta yang akan menjerumuskan kamu dan dia ke neraka . Nauzubillahminzalik . Lelaki yang benar-benar mencintaimu dialah yang kelak akan datang bersilaturrahim ke rumah orang tuamu , meminta untuk menjadikan kamu sebagai yang halal untuknya dengan cara yang terhormat , dialah yang akan melamarmu , dialah yang bersedia menjagamu seumur hidupmu , dialah yang akan berusaha membuatmu bahagia berpaksikan cinta kerana Allah .Dan dialah insan pilihan yang tak hanya berbekal imam , tetapi juga layak menjadi imam yang baik untukkmu . Dialah lelaki dambaan bidadari syurga .

Wahai mawar agamaku ,

pilihlah mana yang terbaik untukmu . Adakah bahagia sementara cuma yang kamu impikan atau bahagia yang hakiki sehingga ke JannahNYA . Jagalah marwah dan izzahmu demi Allah , demi yang halal buatmu . Ingatlah janji Allah . Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat :)

" Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka " – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31

" Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya " – Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.

Sungguh tiada apa yang hebat dengan menayangkan aurat kita kepada yang bukan halal . Tanyalah pada diri kepada siapa kita ingin tunjuk . Kepada siapa kita ingin puaskan hati ? Sedangkan dalam masa yang sama kita telah membuat Allah murka . Tiadakah rasa bersalah di hatimu ? Jika tiada rasa bersalah dan berdosa , bawa banyakkan istighfar . Astaghfirullah , jangan biarkan hatimu gelap diselaputi dosa dan maksiat . Percayalah , bila kamu tersedar akan kesilapanmu , kamu akan merasa menyesal dan merasa betapa tidak cerdiknya diri kamu dahulu kerana menayangkan apa yang tidak sepatutnya kepada yang tidak sepatutnya . Kembalillah kepada Allah . Kembalilah mencari cinta hakiki . Kembalilah untuk menggapai redha Allah . Mari sayangku , mari kita sama-sama berpimpin tangan untuk terus berjihad , bermujahadah di jalan Allah . Biar rebah , biar tersungkur , biar terluka , biar sakit di dunia , kerana destinasi yang kita ingin pergi akan merawat segala penderitaan dan kesakitan kita itu , yakni Syurga Firdaus :)

Wahai para mujahidahku ,

Jadilah gadis solehah di dunia akhir zaman ini . Jadilah sebutir permata dalam berjuta pasir yang menimbun . Percayalah , kamu tidak akan menyesal .



Thursday, May 16, 2013

Stay Calm and Move on

Bismillahirahmanirahim.. Assalamualaikum readersss :)

Akhir- akhir ni gatal pulak jari nak meng'update' blog.. hehee ;p tajuk kali ni lebih kepada memujuk rasa.. rasa?? harap bermanfaat kepada semua.. :) 

Hidup ni seperti putaran mentari, terus terbit setiap hari.. :') Kalau biasanya matahari terbit dengan cahaya yg sangat cantik namun ada kalanya ianya pudar disebabkan mendung kelabu. Ada pula masanya ianya menangis kerana harus bertemu dengan saat gerhana yang gelap.

Begitulah putaran antara suka dan duka, derita dan bahagia dalam kehidupan manusia.. ALLAH adalah pelukis kepada diari kehidupan kita. So, even apapun yang terjadi, kita adalah hamba yang perlu mengikut perintahNya, tidak boleh berhenti dari meneruskan perjalanan tak kita apa pun caranya dan keadaannya.

Tidak sempurnalah hidup kita sebagai hamba ALLAH S.W.T jika belum diujiNya dengan pelbagai cabaran. Trust and Believe in Allah. Belum lagi ada malam yang tidak digantikan siang. Itulah cara ALLAH megatur hidup hambaNYA.

Tanpa rasa sedih, duka, dan derita, tidak lengkaplah hidup kita sebagai manusia. Namun ALLAH yang Maha Pengasih tak akan sesekali mengizinkan kita menyimpan luka itu selamanya.. Stay Calm and Trust in ALLAH.. ALLAH is the good Planner :')

Ada yang cakap, "Andai kita masih mengenang luka semalam dan bersedih, bermakna kita melakukan sesuatu tindakan yang bodoh serta gila." kerana tindakan itu hanya membunuh semangat untuk terus hidup, mematahkan tekad dan azam.




Hanya hamba Allah yang beriman tidak berbuat camtu.  Setiap kesedihan, kelukaan dan penderitaan takkan mampu membuat kita "MOVE ON" tak mampu merawat hati yang sakit.  So, Don't let your pain stay with you.. MOVE ON dear self.. we still have ALLAH :')

Biarlah pedih manapun duka tu, belajarlah melepaskannya untuk terus kehadapan. Jika tidak, kita hanya akan menjadi orang yang naik dan takut dengan masa depan kita sendiri. 

Tempahlah syurga ALLAH di dunia dan rindukan belaian halusNYA sebagai penghuni syurga ALLAH, belajarlah untuk tidak menoleh kebelakang.. Hidup ini menolak semua ke hadapan kerana itulah kehidupan.

Jadilah seperti air yang lembut dimana kelembutannya mampu mengubah alur menjadi sungai terdalam dan terpanjang yang mengembirakan setiap penghuninya serta bersahabat dengan semua jisim yang ditemui lalu meninggalkan perubahan positif. 

Yakinlah sunnatullah air yang lembut itu mampu merubah bentuk pantai walaupun batuan keras yang disapannya....  :) 


Saturday, May 11, 2013

Pesanan seorang Ummi 2

Bismillahirahmanirahim.. semperna hari ibu ni, saya nak shared pesanan seorang wanita yang bergelar "UMMI" untuk kali ke 2..

 Ummi, dialah yang paling memahami anaknya, yang sanggup menangis bersama-sama anaknya. air matanya terlalu mahal untuk menangis bersama anaknya tapi apa daya anaknya tidak tahan menahan kesakitannya.. Suatu subuh, anaknya baring bersama-sama umminya. tersedarlah seorang ummi dan berkatalah dia...

Ummi : Kenapa ni? kenapa menangis?

Anak : Ummi, saya tak kuat untuk sume ini.. (memeluk umminya dan menceritakan masalahnya)

Ummi : Ya Allah, anakku.. Maafkan ummi, ummi tak mampu nak menjagamu sebaiknya, ummi tak mampu nak merawat kesakitan itu.. Maafkan ummi..

Anak : Bukan salah ummi, inilah jalan takdir saya sebagai hamba Allah. cukuplah ummi ada bersama saya sekarang.

Ummi : Ummi sentiasa bersamamu sayang. tabahkan hati kuatkan diri. Dirimu adalah hamba yg terpilih oleh Allah untuk di uji.. Sayang, inilah kasih sayang Allah padamu nak..tinggi darjat kamu andai kamu berjaya melaluinya.. Allah tak kejam.Allah sayang kamu. inilah hadiahNya buatmu.. :')

Anak : Dia tak rasa apa yang saya rasa sebab itulah dia buat cmtu..

Ummi : Lain manusia lain ujiannya.. relakan dia bahagia, relakan dia pergi.. Anak ummi yang kuat, anak ummi yang tabah, anak ummi yang penyabar, anak ummi yang solehah, carilah kekuatan bersama Allah.. Tidak sempurna hidup sebagai hamba Allah andai diri kita belum diuji.

Anak : Apa salah saya ummi? apa dosa saya ummi?

Ummi : Anakku, kamu tak salah apa-apa. Yakinlah ini, belum ada derita yang tidak diganti kebahagiaan, kita pasti diuji, ummi diuji dengan kehilangan ayahmu.. Semakin berat ujian semakin tinggilah darjat kita anakku.Tidak lengkap hidup kita andai kita tak merasai sedih, duka dan derita. Biarlah orang buat kita.. jangan sesekali kita balas..

Anak : Berat ummi, melepaskan sesuatu yang kita sayang..

Ummi : memang berat.. tapi inilah yang terbaik.. Kita masih ada Allah, yang tak pernah tinggalkan hambaNya walau sesaat.. Allah bersamamu anakku, saat kamu menangis, dia melihatnya, saat kamu terpaksa menahan lukamu, dia bersamamu menahannya.. berdoalah. Janganlah terus begini, Ummi tak sanggup melihat mu begini.. andai luka itu boleh ummi hilang kan, ummi pasti melakukannya.. manangislah sepuasnya hari ini dan tersenyumlah untuk esok.. luahkan segalanya, keluarkan kesakitanmu..

Anak : Allah.. Allah.. Allah.. Allah.. Ya Allah..

Ummi : Ummi sentiasa doakan kan untuk kamu.. untuk kebahagiaan kamu.. Ummi tahu anak ummi yang solehah ini kuat lebih dari dia bayangkan.. Salah jika kita anggap dia milik kita kerana dia adalah milik Allah.. bila kita dah jumpa seseorang yang tepat, kita akan diuji Allah dengan sesuatu yang lebih baik lagi. sama ada kita kuat atau tidak.. Sekarang kamu dah lihat kan.. Dia kalah dengan ujian ini.. Dia tak mampu pertahankan kamu.. Allah nak tunjuk kamu kebenarannya, dan inilah kebenarannya.. Cintailah seseorang yang berusaha untuk kamu, berusaha mempertahankan cintanya.. yang tetap pendiriannya walaupun di uji dengan wanita yang lebih baik..




Kehilangan


Bismillahirahmanirahim. Tiba-tiba hati rasa nak update tajuk "kehilangan" :') Semua manusia merasai kehilangan. Tapi kehilangan bukanlah pengakhiran hidup kita.. selamat membaca :) 

"Yang patah akan tumbuh, yang hilang akan berganti"

Inilah penawar yang di hadiahkan sejak dahulu lagi sebagai motivasi kuat agar tak perlu bersedih hati apabila kehilangan. Terlalu banyak bentuk kehilangan di dalam dunia ini, ada kehilangan keluarga, kehilangan pekerjaan. harta kesayangan, cinta manusia, pedoman dan  lain-lain bentuk lagi.

Wahai diri yang sedang bersedih, tidak ada kehilangan yang paling besar di dunia selain kehilangan rasa yakin dan rasa dekat rasa.. rasa dilihat dan dinilai oleh Allah S.W.T dan rasa rindu untuk bertemu dengan Pencipta kita dan menatap wajah Rasulullah.

"Tidak ada mahluk melata pun melainkan Dialah yang memegang ubun-ubunnya." (Huud : 56)

"Dan Dialah yang berkuasa atas sekalian hambaNya. Dan Dialah Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui." (al-An'aam : 29)

Yakinlah bahawa Allah mampu melakukan apa sahaja kepada HambaNya. Sesungguhnya Allah tidak pernah mengambil sesuatu daripada kita kecuali mengantikannya dengan yang lebih baik andai kita sedar dan redha atas kehilangan yang ditentukan.

Lihatlah dengan penuh yakin melalui mata hati bahawa disebalik kehilangan dan ujian, terdapat ganti serta balasan teragung daripadaNya berbentuk Syurga. Jangan terlalu bersedih atas kehilangan yang terjadi kerana ia sedah ditentukan oleh Pemilik Balasan Syurga yang telah berjanji akan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik. 

Selamat atasmu kerana kesabaranmu. Maka, alangkah baiknya tempat kesudahan itu." (ar-Ra'd : 24)



Bersabarlah andai bertemu kehilangan. Bersabarlah menjalani ujianNya. Bersabarlah dalam mentaaiNya. Bersabarlah dalam meninggalkan maksiat. Bersabarlah dalam tipu daya dunia. Bersabarlah menunggu lambatnya pertolongan. Bersabarlah kepada orang yang meninggalkan kita. Bersabarlah dan bersolatlah kepada Allah :) 

"Hai orang yang beriman, mohonlah pertolongan dengan sabar dan solat. Sesungguhnya Allah sentiasa bersama orang yang sabar." (al-Baqarah :153)

Again, yakinlah kepada Allah sebagai perawat kesedihan. Aminn Ya Rabb


Thursday, May 9, 2013

Pesanan Seorang "Ummi"

Walau sekuat mana kita cuba menyembunyikan sesuatu rahsia daripada seorang insan bergelar "UMMI", kita tidak akan mampu menyembunyikannya. Dia tahu anaknya sedang berduka, dia tahu anaknya sedang kesakitan. Sampailah saat dimana anaknya tidak mampu menyembunyikan perasaan itu, datanglah anaknya kepada dia. Dalam tangisan anaknya, bersuaralah seorang "Ummi"..

Anak : Ya Allah, beratnya ujian ini..

Ummi : Sabarlah sayang.. Allah dengar rintihanmu, Allah faham penderitaanmu.. Doalah padaNya, jangan pernah putus asa.. Kerana kasihkan kita, sayangkan kita, cintakan kita, Dia beri kita ujian.. Redhalah dengan ujian ni, Ummi sentiasa doakan kamu, Lidah ummi tak pernah berhenti mendoakan kamu dalam setiap solat ummi.. 

Anak : Sakit Ummi.. sakitnya Allah sahaja yang tahu..

Ummi : Sayang, sedarlah sesuatu, semua yang ada di dunia ini milik Allah. Tak ada satu pun milik kita. Tak ada.. kita hanya meminjam sahaja dariNya, bila sampai masanya akan diambil kembali apa yang dipinjamkan kepada kita.. Ummi faham apa yang kamu rasa, Ummi teramat faham nak.. 

Anak : Allahu, hanya Allah yang tahu ummi.. tak mampu nak digambarkan sakitnya, peritnya dikhianati oleh manusia..

Ummi : Kita bersedih apabila dikhianati oleh manusia tapi kita lupa kita lah sebenarnya pengkhianat. kita khianat pd Pencipta kita, Pd Allah. Kita duakan Dia, kita lupa pada Dia bila kita bahagia.. kita cari Dia bila kita susah, sedih, derita, jatuh. muhasabah diri sayang.. Ummi tahu kamu kuat, kamu mampu menanggungnya kerana Allah tak kan uji hambaNya melainkan dia tahu hambaNya mampu menanggungnya.. 

Anak : Sedih saat kasih sayang kita tak dihargai.. kenapa manusia buat cmtu pada saya ummi? kenapa?

Ummi : Allah lebih tahu sayang.. biarlah setiap kasih sayang kita tak dibalas, setiap kesetiaan kita dikhianati, setiap usaha kita disia-siakan.. kita masih ada Allah.. yang kita cari Redha Allah, bukan redha manusia.. ummi faham perasaan tu. rasa kehilangan sesuatu yang kita cintai memang sakit.. Tp bila kita redha, Allah pasti gantikan sesuatu yang lebih baik, sesuatu yang kita tak sangka-sangka..

Anak : Apa patut saya buat ummi? perit rasanya.. terlalu perit..

Ummi : Redhalah.. maafkan dia yang melukakanmu.. tetaplah bersabar dalam ujian Allah sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang sabar.. jangan pernah berhenti berdoa.. Allah dengar setiap doa kamu.. Tak indah manusia bila dia tidak merasai bahagia dan derita.. Ummi sentiasa ada untuk kamu. Ummi hanya mampu doakan untuk kamu.. 


Terima kasih Ummi :')